02 October 2018

"HARGAI PEMINAT, CARI REZEKI" - MAWAR RASHID TAWAR RM20


"Memang saya ikut cara Janna melakukan perkhidmatan tersebut kerana menganggap idea itu kreatif dan bagus. Bagi saya, ini juga adalah salah satu cara untuk peminat muncul dalam Instastory saya.





"Perkhidmatan ini sangat-sangat menarik dan dengan cara ini saya dapat hargai peminat-peminat," kata pelakon Mawar Rashid yang turut memperkenalkan pakej perkhidmatan ucapan selamat hari lahir dengan harga lebih murah iaitu RM20 berbanding bayaran RM50 yang dikenakan pelakon Janna Nick.

Kata Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, dia mengikut jejak langkah Janna kerana menganggap servis tersebut sangat menarik untuk dilakukan dan tidak mengambil kisah dengan kecaman kerana yang paling utama adalah niatnya yang betul.

Bagi pelakon drama bersiri 'Pencuri Cinta Kelas Satu' ini, perkhidmatan tersebut juga antara cara untuk dia mencari rezeki.

"Saya abaikan kecaman dan ambil yang positif. Asalkan niat betul, tu yang paling penting. Lagipun, saya rasa dengan cara ini juga dapat mencari rezeki.

Klik untuk gambar besar

Tapi dengan harga murah daripada Janna. Bayaran yang dikenakan Janna itu agak tinggi. Macam saya hanya RM20 sebab pengikut di laman sosial saya pun lebih rendah daripadanya.

"Bagi saya, bayaran pakej saya itu berpatutan dan peminat mampu untuk bayar Instastory yang sekejap sahaja," ujarnya.

Perkhidmatan ucapan selamat hari lahir berbayar di laman sosial yang dilakukan Janna sebelum ini telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Janna dikecam gara-gara mengenakan bayaran RM50 hanya untuk ucapan ulang tahun kelahiran.

Ada pengikut yang mempersoalkan kewajaran pelakon drama 'Leftenan Zana' ini menjalankan perkhidmatan itu kerana dia dilihat seolah-olah mengambil kesempatan terhadap peminatnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: