05 October 2018
AL-FATIHAH - ANAK SULUNG BOB LOKMAN 'PERGI' DULU
Takziah kami ucapkan kepada pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman atas kehilangan anak sulungnya, Mohamad Adam yang meninggal dunia pada pukul 1 pagi Jumaat di usia 25 tahun selepas rebah di beranda rumahnya di Saujana Akasia, Sungai Buloh.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Facebook miliknya.
"Assalammualaikum. Memaklumkan bahawa anak sulung saya Mohd adam, baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Jumaat 5 Oktober, 1 pagi, " tulis Bob.
Manakala menerusi laman Instagram pelakon Adam Hamid Jarnail berkata Allahyarham seorang anak yang baik kerana menjaga ayahnya ketika terlantar sakit.
Klik untuk gambar besar
Adam Hamid mendedahkan arwah mempunyai sejarah lampau iaitu mengidap ketumbuhan otak. Malah, Adam juga dianggap seperti tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan bapanya.
"Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya.
"Masih terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan pada ayahya di hospital," kata Adam Hamid.
Bob menjalani rawatan itu di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung yang memaksanya kerap berualng alik ke pusat perubatan berkenaan.
Dalam pada itu, Adam Hamid turut memberitahu arwah sentiasa menemani dan mengikuti program dakwah bapanya. Menurutnya, arwah juga mempunyai sejarah lampau iaitu mengidap ketumbuhan di bahagian otak.
"Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abang Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, seluruh Negara. Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor," katanya.
Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Hikmah, Kuang, Sungai Buloh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kawasan berkenaan.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment