05 October 2018

JANNA NICK UCAP TERIMA KASIH TULARKAN #WISHSERVICEBYJANNANICK


"Biarlah kalau ada rakan artis yang komen dan kritik mengenai tindakan saya. Kalau saya di tempat mereka pun mungkin saya akan fikir perkara sama malah ada yang lagi teruk. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Sakinah, Zara, Mawar dan Michael kerana tolong tularkan perkara ini.





"Sebenarnya mereka ini sudah tahu dari awal lagi apa yang saya ingin lakukan dan disebabkan itu mereka membantu menghangatkan lagi video #WishServiceByJannaNick," kata pelakon dan penyanyi Janna Nick yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakan selebriti kerana membantu untuk menularkan #WishServiceByJannaNick di akaun Instagram masing-masing.

Menurut Janna, dia tidak kisah jika ada juga rakan artis yang mengkritik tindakkannya itu kerana mungkin mereka tidak tahu tujuan asal dirinya lakukan video tersebut.

Sebelum ini, Janna terus diserang netizen selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Malah, posting terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang kurang senang dengan cara perniagaan itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: