16 October 2018

AL-FATIHAH - IBU AFDLIN SHAUKI DIJEMPUT ILAHI


"Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin 15/10/2018, pukul 5.56 petang di IJN, KL.





"Sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman. Jumpa mummy di syurga ya..." tulis pelakon dan pelawak terkenal Datuk Afdlin Shauki Aksan, 47, yang memaklumkan ibunya, Fadzilah Jelani telah meninggal dunia kira-kira pukul 5.56 petang semalam.

Difahamkan, ibunya Afdlin menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara selepas beberapa kali menjalani pembedahan pintasan jantung.

Klik untuk gambar besar


Lebih syahdu apabila Afdlin yang juga dikenali sebagai pengarah, pengacara dan penyanyi itu turut memuatnaik sekeping gambar bersama ibunya.

Khabar mendukacitakan itu mendapat titipan doa daripada rakan-rakan artis antaranya Lisa Surihani, Tiara Jacquelina, Harith Iskander, Liyana Jasmay, Daphne Iking, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Sama-sama kita doakan semoga roh ibu Afdlin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: