16 October 2018

ARWAH SALEEM GEMBIRA SYAFIQ FARHAIN NYANYI LAGUNYA


Penyanyi Syafiq Farhain memberitahu yang arwah bapanya, penyanyi Saleem Iklim ketika hayatnya berkata dia gembira apabila peserta Big Stage itu menyanyikan seleksi lagu popular beliau dalam setiap persembahannya.





"Baguslah, kau bawa lagu aku. Kau boleh bagi orang dengar semula lagu yang aku nyanyi dulu (kata-kata arwah Saleem pada Syafiq).

"Sebelum bergelar artis lagi saya memang suka menyanyikan lagu arwah dalam setiap persembahan. Insya-Allah saya akan terus bawakan lagu arwah, namun bergantung kepada permintaan," katanya.

Syafiq berkata, dia akan meneruskan legasi lagu-lagu nyanyian arwah bapanya dan perjuangan seni nyanyian.

Klik untuik gambar besar


"Saya minat menyanyi memang bermula daripada arwah ayah kerana suka dengar lagu-lagu nyanyiannya. Malah, saya belajar menyanyi pun dengan mendengar lagunya.

"Jadi setiap ilmu dan gaya persembahan memang berdasarkan daripada cara nyanyian arwah. Jadi saya perlu teruskan legasi arwah," tuturnya.

Semalam, Saleem menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 6.15 pagi Ahad.

Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abd Majeed, 56, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: