16 October 2018

TAHNIAH - AMEER FORTEEN KINI TUNANGAN SITI NUR NAJA'A


"Doakan yang terbaik buat kami," demikian tulis anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais Azhar atau Ameer yang telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama Siti Nur Naja'a pada Sabtu lalu.





Ameer telah berkongsi sekeping foto yang diambil ketika hari istimewanya itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Sementara di ruangan komen, rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah, tidak ketinggalan beberapa rakan artis seperti Izzue Islam dan Asfan Shah.

Difahamkan, Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar, 28, bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya itu pada Mac tahun depan.

Belum mempunyai tarikh tepat untuk majlis pernikahannya, Ameer berkata ia bakal diumumkan apabila perbincangan antara kedua-dua belah pihak selesai.

Selepas selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis berusia 24 tahun tersebut, penyanyi itu berkata, setakat ini keluarga masing-masing bersetuju untuk memberikan tempoh empat bulan sebelum kedua-duanya disatukan.

"Alhamdulillah, majlis pertunangan yang diadakan secara kecil-kecilan berjalan lancar. Kedua-dua keluarga juga bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan kami dalam empat bulan dari sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Kalau boleh, saya sendiri tidak mahu melewatkan majlis nikah, memandangkan semakin hari saya juga semakin berusia. Apatah lagi, kata orang, tidak manis kalau kami ke hulu ke hilir tanpa hubungan sah," katanya.

Ameer dan anggota kumpulan Forteen lain yang masih bersaing dalam program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu berkata, dia mula mengenali tunangnya menerusi laman sosial pada Ramadan tahun lalu.

"Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, dengan menanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ. Sejak itu, kami mula berhubung dan tak sangka pula sebenarnya dia juga selalu datang ke acara saya hadiri," jelasnya.

Ameer memberitahu, sikap Naja’a yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seninya membuatkan dia jatuh hati pada gadis berkenaan.

"Dia seorang yang sangat memahami diri saya. Selepas mengenalinya, keyakinan saya bertambah sebanyak 200 peratus. Dia juga seorang yang selalu menggembirakan saya apabila ditimpa masalah.

"Selain itu, dia seorang yang sangat cantik pada pandangan mata saya. Malah, sikapnya yang mementingkan keluarga antara faktor membuatkan saya yakin, dialah wanita pilihan saya," tuturnya.

Sebelum ini, Ameer pernah bergelar tunangan orang, namun hubungan itu tidak kekal berikutan tiada persefahaman antara mereka.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: