15 October 2018

HAMPIR PENGSAN - AMELINA AKUI TERTEKAN FIKIR ORANG SEKELILING


"Saya mengalami masalah kesihatan dan hilang suara secara tiba-tiba semalam. Mungkin disebabkan saya terlalu memaksa diri saya.





"Saya akui tertekan dengan pertandingan ini terutama memikirkan orang sekeliling iaitu anak-anak, keluarga dan pengurusan yang yakin saya mampu melakukannya.

"Saya sudah biasa menyanyi konsert 14 lagu tapi tekanan pertandingan sangat berbeza, satu lagu saya rasa tekanan seperti bawa 30 lagu, macam-macam nak kena fikir," ujar penyanyi dangdut Amelina.

Penyanyi lagu 'Asyik' itu memberitahu masalah kesihatan yang dihadapinya pada konsert ketiga Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) malam Ahad berpunca daripada tekanan yang dihadapinya.

Amelina yang pertama kali menyertai program pertandingan mengakui terlalu memikirkan tentang harapan orang sekelilingnya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, dia yang membawakan lagu 'Segalanya Pasti' nyanyian asal Aida Agil mendapat markah tertinggi dan layak ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan berkata dia juga menggigil sepanjang persembahan tersebut dan hampir pengsan. Namun Amelina bersyukur kerana dapat memberikan yang terbaik.

"Tiga minggu yang sangat menyukarkan bagi saya apabila terpaksa mengeluarkan watak lain dalam diri saya. Saya terlalu letih dan mujur minggu depan lebih santai dan menyanyi lagu duet bersama rakan artis," ujarnya.

Pada konsert minggu ketiga, kumpulan Elite yang menyanyikan lagu Ku Bahagia diumum tersingkir apabila mendapat markah terendah.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: