15 October 2018

JETSKI DILANGGAR KAKAK - WAWA ZAINAL ALAMI LUKA & LEBAM


Menerusi laman Instagram, pelakon Aeril Zafrel telah berkongsi detik cemas apabila jetski yang dinaiki bersama isterinya iaitu pelakon Wawa Zainal dilanggar kenderaan yang dipandu oleh kakaknya, semalam.





Kejadian itu berlaku ketika pasangan suami isteri ini sedang bercuti bersama keluarga dan mengikuti pakej 'Jet Ski Tour' di Pantai Cenang, Pulau Langkawi.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Aeril sedang merakam sebuah jetski yang dipandu oleh seorang wanita meluncur laju ke arah mereka sebelum bertembung dan mengakibatkan Aeril dan Wawa jatuh ke dalam laut.

Bagaimanapun kata Aeril, dia bersyukur kerana pasukan profesional Jet Ski tersebut bertindak dengan pantas menyelamatkan mereka sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Bahaya betul bagi perempuan bawa jetski ni. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni," tulisnya pada kapsyen video berdurasi satu minit itu.

Klik untuk gambar besar


Turut terdengar suara Wawa yang menjerit dan panik apabila jetskit mereka dirempuh dari arah depan. Sementara itu, Wawa yang dihubungi memberitahu dia hanya mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan perut.

"Alhamdulillah mujur tiada yang teruk, saya hanya mengalami luka dan lebam di tangan dan perut sahaja. Saya belum ke klinik lagi, luka pun sudah kering.

"Jetski itu kakak saya yang bawa dan ia pengalaman manis dan pahit kami," ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berjenaka tentang pemanduan wanita sememangnya berbahaya biarpun memandu di atas air. Mereka mendoakan keselamatan pasangan tersebut dan meminta lebih berhati-hati.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: