15 October 2018

GADIS UKRAINE: "DIA MEMAHAMI CARA KERJA SAYA" - ZUL ARIFFIN


Pelakon kacak berbadan sasa, Zul Ariffin sebelum ini terpalit dengan kontroversi panas apabila fotonya memadu asmara dengan seorang gadis di Phuket, Thailand mula tersebar selepas dirinya putus cinta dengan pelakon Zahirah Macwilson.





Mengakui mengenali gadis tersebut yang bernama Tanya Glembotska ketika sama-sama menjalani latihan seni mempertahankan diri Muay Thai, Zul bagaimanapun sebelum ini tidak pernah berbicara mengenai status hubungan mereka.

Menerusi Hip Berita Harian, Zul seakan memberikan bayangan sedang rapat serta intim dengan Tanya. Bagaimanapun, hubungan mereka belum lagi sampai ke fasa bercinta.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini, hubungan kami hanyalah sebagai kawan dan bukannya pasangan bercinta. Dia seorang model dan juga jurulatih seni mempertahankan diri.

"Setakat ini, rasanya saya lebih selesa begini, iaitu sekadar berkawan dan tidak perlu terikat dengan rasa cinta. Walaupun dia bukan dalam kalangan orang industri, namun dia memahami cara kerja saya," katanya.

Terdahulu, gosip percintaan dan kontroversi antara Tanya dan Zul mula menjadi bualan hangat netizen selepas gadis itu memuatnaik foto intim beliau sedang memeluk seorang lelaki yang mirip seperti Zul di akaun Instagramnya dan turut 'tatoo' nama Zul di tangannya.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: