15 October 2018

ZARINA DEDAH MESEJ LUCAH - NETIZEN NASIHAT JAGA PEMAKAIAN


Semua mengetahui mengenai pelakon Zarina Anjoulie yang sememangnya seorang yang lantang bersuara mengenai apa sahaja isu terutama sekali melibatkan kaum wanita. Malah, beliau juga pernah mendedahkan beberapa cerita panas artis.





Kali ini, Zarina memuatnaik pula mesej lucah daripada seorang lelaki berhidung belang yang dikirimkan kepadanya menerusi DM di Instagram. Jelas sekali ayat lelaki itu mengajak Zarina untuk melakukan perkara yang tidak senonoh.

Namun, ada sesetegah netizen beranggapan Zarina harus menjaga pemakaian beliau sebagai seorang wanita berhijab agar tidak lagi menjadi perhatian lelaki gila seks yang mengganggu beliau dengan komen-komen berbaur lucah.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, bukan berkaitan dengan pakaian yang disarung, tetapi ada kalanya imaginasi, sikap serta nafsu seseorang lelaki yang tinggi juga boleh membuatkan mereka melakukan perkara tidak bermoral.

Isu seperti ini agak subjektif untuk dibicarakan, sebab ada juga kes mereka yang menutup aurat dengan sempurna tetap menjadi mangsa nafsu serakah manusia bertopengkan syaitan. Mungkin ada antara anda mempunyai pendapat sendiri? Kongsikan pula pandangan anda.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: