17 October 2018

ANAK JADI PENYANYI - AZHAR SULAIMAN RESTUI


"Diikutkan, ketiga-tiga anak saya mempunyai minat yang berbeza. Hanya anak sulung yang cenderung meminati bidang nyanyian.





"Dua lagi adiknya, yang juga sepasang kembar mempunyai minat lain. Anak kedua iaitu lelaki menyukai hoki ais, manakala adiknya lebih kepada bidang peragaan.

"Selain kelas vokal dan muzik, sejak kecil mereka sering dibawa isteri menyertai pelbagai kelas dan aktiviti untuk menambah pengetahuan," katanya pelakon Azhar Sulaiman, 47, yang mendapatkan khidmat Amylea Azizan untuk mengasah kemampuan tiga anaknya.

Melihat kelas vokal sebagai platform meningkat keyakinan diri, Azhar berkata, tujuan dia mengundang guru vokal profesional bukan kerana mahu mereka menjadi penyanyi, sebaliknya ilmu dan teknik yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk masa depan.

Klik untuk gambar besar


Hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin, pelakon yang popular menerusi filem 'Mira Edora' itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 20, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona, 16.

Kongsi bintang Abang 92 itu lagi, anak sulungnya bukan hanya menyerlah sebagai penyanyi, malah berkebolehan bermain muzik dan mempunyai band sendiri yang dinamakan Senja.

"Sebagai bapa, saya agak tegas. Saya sentiasa ingatkan anak-anak supaya ambil serius dalam setiap perkara yang dilakukan.



"Seperti Kasih, sejak kecil, dia memang suka menyanyi. Kalau di rumah, dia suka sangat bermain muzik. Jadi, saya dan ibunya memberi galakan supaya dia menyerlahkan bakat yang ada.

"Dalam Senja, Kasih bertindak sebagai vokalis. Kami nampak kesungguhannya dan berharap usaha itu bukan hanya separuh jalan.

"Adik lelakinya pula mewakili negara dalam sukan hoki ais, manakala si bongsu menyukai dunia kecantikan. Iris gemar berkongsi gambar dan tips kecantikan di Instagram. Dia punya ramai pengikut di laman sosial itu,” katanya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: