17 October 2018

LAGI 5 BULAN - AWI RAFAEL BUAT LAGU ISTIMEWA BUAT ATIKAH


Komposer dan penyanyi Awi Rafael, 32, memberitahu yang dia sudah menyiapkan satu lagu istimewa buat bakal isterinya, pelakon Atikah Suhaime, 27, yang akan dinikahi pada 17 Mac tahun depan.





Tinggal lagi lima bulan sebelum majlis pernikahan, Awi berkata, lagu istimewa berjudul 'Rahasiaku' itu sudah siap, cuma perlu diperkemaskan lagi.

"Saya cipta lagu itu untuk majlis perkahwinan kami bagi berkongsi isi hati dan perasaan terhadap dirinya. Ia adalah 'rahsia' terindah dalam hidup saya yang tersimpan rapi di hati memandangkan kami berdua terus buat keputusan untuk bertunang sebelum ini.

"Percintaan saya dan Atikah berlaku tanpa diduga kerana hubungan kami asalnya sebagai rakan artis saling mengenali sejak lapan tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Namun, selepas beberapa bulan rapat dan bercinta, saya terus melamarnya kerana dia istimewa. Saya juga sudah sedia bergelar ketua keluarga," katanya.

Menurut Awi, dia yakin sudah bersedia untuk bergelar suami kerana kewangannya sudah stabil termasuk memiliki aset sendiri seperti rumah.

"Sebagai manusia biasa, saya memang tidak sempurna tetapi saya begitu sukakan kesempurnaan. Justeru, sebagai lelaki yang juga akan melindungi keluarganya, saya perlu membuat persediaan termasuk mengambil kira aspek mental dan fizikal," tuturnya.

Untuk makluman, Awi melangsungkan pertunangan dengan pelakon drama bersiri 'Cinta Tiada Ganti' itu pada 17 Mac lalu. Pasangan selebriti dari Singapura ini akan melangsungkan majlis nikah dan persandingan mereka di Singapura.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: