18 October 2018

ARWAH SALEEM MAHU BERDUET - SYAFIQ FARHAIN TERHARU


"Ingatkan arwah tidak mahu menyanyi dengan saya, rupa-rupanya arwah pernah menyimpan hasrat untuk kami berkongsi pentas dan merakamkan lagu duet.





"Cuma, arwah terlebih dahulu ingin melihat sama ada saya betul-betul serius menyanyi atau sebaliknya," kata penyanyi baharu, Syafiq Farhain yang terharu apabila mendapat tahu bapanya, Allahyarham Saleem pernah meluahkan hasrat mahu berduet dengannya.

Meskipun tidak kesampaian, Syafiq, 24, berkata, hasrat yang diluahkan arwah ayahnya kepada kenalan rapat keluarganya sudah cukup membuat dirinya gembira.

Dalam pada itu, Syafiq turut meluahkan hasrat merakamkan semula lagu nyanyian arwah ayahnya yang kurang dikenali sebagai tanda penghargaan.

Klik untuk gambar besar


Bukan sekadar single, sebaliknya Syafiq merancang sebuah album khas sebagai kenangan kepada peminat setia Saleem.

"Banyak lagu Iklim dan Saleem yang saya suka sejak kecil. Kalau boleh, saya mahu merakam semula lagu nyanyiannya yang kurang dikenali. Insya-Allah, kalau ada peluang saya mahu merakamkan single baharu khusus untuk arwah.

"Saya sukakan lirik yang puitis kerana mahu pendengar merasai apa yang saya cuba sampaikan. Seperti lagu nyanyian arwah ayah, saya juga mahukan sentuhan sama tetapi dinyanyikan dengan cara sendiri," ujarnya.

Saleem atau nama sebenarnya, AM Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir, 14 Oktober lalu pada usia 57 tahun selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: