18 October 2018

DINOBAT PENGACARA TERBAIK ASIA - NABIL AHMAD RASA SYUKUR


Menerima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AAA) yang berlangsung di Cannes, Perancis pada Isnin lalu, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur menerusi laman Instagramnya.





Menurut Nabil, 35, kejayaan ini merupakan satu penghargaan tertinggi yang diperolehi olehnya sepanjang 10 tahun bergelar anak seni.

Nabil turut meluahkan rasa syukur di atas anugerah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada kepada mereka yang terlibat dalam program Gegar Vaganza yang mengangkat namanya sebagai pengacara terbaik Asia.

"Syukur Alhamdulillah... terima kasih atas anugerah yang sangat besar ini. Terima kasih kepada keluarga dan isteri, Zira Ayub.

"Tak lupa juga kepada rakan pengacara Gegar Vaganza, Jihan Muse dan semua tim produksi program tersebut daripada musim pertama hingga sekarang kerana mempercayai saya.

Klik untuk gambar besar


"Dan paling penting, kelab peminat Nabelicious yang tak henti-henti menyokong," katanya yang tidak menyangka menerima anugerah antarabangsa itu.

Asian Academy Creative Awards memberi pengiktirafan kepada pengkarya industri kreatif menerusi program-program terutamanya produksi media. AAA mempertandingkan 49 kategori dan membabitkan penyertaan dari 20 negara Asia.

Sebelum ini, menerusi laman Instagram Datuk Aznil Hj. Nawawi, dia turut memuatnaik ucapan tahniah kepada pengacara tersebut: "Bring it on Nabil, World is next! Tahniah".

Selain Aznil, ramai rakan-rakan artis yang turut mengucapkan tahniah kepada suami kepada Nazirah Ayub ini.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Nabil Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: