06 October 2018

BANTU LONJAK NAMA - SYAFEEK IKHWAN IDAM LAGU CIPTAAN HAEL


Juara kategori solo 'I-SiNG World 2018' iaitu penyanyi baharu Syafeek Ikhwan telah berhasrat mendapatkan khidmat komposer dan penyanyi Hael Husaini untuk single akan datang.





Syafeek atau nama sebenarnya Muhamad Syafiq Ikhwan Ghazali, 30, berkata, lagu-lagu ciptaan penyanyi lagu 'Jampi' itu antara yang mendapat perhatian buat masa ini.

"Saya ada minta lagu daripada Hael Husaini tapi saya faham dia sedang sibuk sekarang. Lagu dia boleh membantu untuk melonjakkan nama saya dalam industri muzik.

"Saya rasa lagu-lagu dia berbeza dan memunyai kelainan yang mampu menarik pendengar," ujarnya ketika ditemui mStar dalam satu sesi temuramah selepas menjuarai pertandingan nyanyian I-SiNG World 2018 yang diadakan di Hotel Container Khamis lalu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Syafeek berkata, dia juga dalam proses menyiapkan single berjudul 'Aku' ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen. Katanya, pelbagai masalah yag dihadapi menyebabkan proses pembikinan lagu tersebut mengambil masa setahun.

"Single Aku masih dalam proses pembikinan, ia sudah siap dirakam dan kini pada peringkat mastering. Insya-Allah akan dilancarkan pada awal tahun hadapan," katanya.

Sebelum ini, Syafeek mengharumkan nama negara apabila berjaya dalam kategori solo pertandingan nyanyian I-SiNG World 2018 di Paris, Perancis pada 23 September lalu. Dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,500 (RM10,333) dan trofi.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: