06 October 2018

KONTROVERSI - JANNA NICK NAFI TUBUH 'WFTH' UNTUK TUTUP


"Kalau saya nak tutup mulut orang lebih baik saya tidak tubuhkan NGO. Saya boleh saja buat satu majlis amal dan uar-uarkan perkara ini bahawa saya sudah menyumbang duit yang saya dapat itu.





"Bukan mudah sebenarnya nak tubuhkan NGO kerana saya harus lalui pelbagai proses jadi perkara itu mengambil masa yang lama.

"Saya tidak boleh kaya pun dengan duit itu, tapi ia sedikit sebanyak dapat membantu insan yang memerlukan dan ia penting bagi mereka," ujar pelakon dan penyanyi Janna Nick.

Janna berkata demikian bagi menafikan tuduhan ramai pihak yang menganggap sengaja menubuhkan Wish For Their Hope (WFTH) untuk menutup kontroversi video ucapan #WishServiceByJannaNick.

Klik untuk gambar besar


Menurut Janna, dia menjelaskan bahawa pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah dirancang daripada awal dan bukannya dilakukan selepas video yang dilakukannya itu tular.

Sebelum ini, Janna terus diserang netizen selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Malah, posting terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang kurang senang dengan cara perniagaan itu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: