06 October 2018

MASUK HOSPITAL - AFIEQ SHAZWAN MOHON DOA


Menerusi laman Instagram, finalis program Big Stage, Afieq Shazwan telah memaklumkan dirinya telah dimasukkan ke hospital pada petang semalam selepas mengalami masalah kesihatan.





Dalam status tersebut, Afieq memohon maaf kepada semua pihak dan menjelaskan dia masih memerlukan rehat yang secukupnya diatas nasihat doktor.

"Salam, untuk pengetahuan semua Afieq dimasukkan ke Hospital jam 3 petang tadi atas masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan.

Klik untuk gambar besar


"Afieq akan menjalani rawatan selama beberapa hari di hospital atas nasihat doktor. Afieq dalam keadaan stabil dan Afieq memohon maaf tidak dapat menjawab semua panggilan kerana doktor menasihatkan supaya Afieq berehat.

"Anda boleh menghubungi pihak FMC untuk perkara berkaitan jadual kerjaya Afieq. Afieq mohon doa kalian untuk kesejahteraan kesihatan Afieq. Afieq dahulukan ucapan terima kasih atas keprihatinan semua," tulisnya.

Rata-rata yang terkejut dengan gambar yang dikongsikan oleh Afieq mendoakan agar dia segera sembuh selepas mendapat rawatan di hospital.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Afieq Shazwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: