06 October 2018

JIMMY KONGSI KISAH LOMBONG PUCHONG RAGUT NYAWA BAPANYA


"Saya sangat sedih dengan berita mengenai enam anggota bomba dan seorang pelajar maut di lombong kerana tragedi itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada keluarga saya.





"Arwah ayah saya ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.

"Setiap kali ada kes lemas, saya teringat ayah tapi tragedi anggota bomba itu lebih dekat dengan saya kerana kejadian berlaku di kawasan yang sama," kata pengacara Jimmy Shanley yang berkongsi kejadian 34 tahun lalu turut meragut jumlah serupa termasuklah seorang daripadanya bapanya, Norjahan Saleh.

Pada Rabu lalu, seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di Taman Putra Perdana, Puchong.



Tragedi enam anggota bomba dan seorang pelajar berusia 17 tahun yang ditemui lemas di lombong tersebut telah memberi impak besar kepada Jimmy.

Jimmy, 38, berkata peristiwa hitam yahg mengorbankan anggota bomba dan pelajar itu menyebabkan dia terkenangkan kejadian serupa apabila nyawa ayahnya diragut di sebuah lombong di Batu 13 Puchong, daerah yang sama kejadian Rabu lalu.

Mengimbas detik itu kata Jimmy, arwah bapanya yang ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang maut dalam tragedi kapal korek terbalik pada 8 Ogos 1984.

Klik untuk gambar besar


Kejadian menyayat hati tersebut mendapat perhatian pelabagai pihak sehingga dilaporkan pada muka depan akhbar-akhbar tempatan ketika itu.

Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.

Kejadian menyayat hati itu telah meragut nyawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.



Bagaimanapun mayat Norjan berjaya ditarik keluar dalam keadaan terlungkup dengan bantuan penyelam anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Semasa kejadian Jimmy berusia empat tahun dan peristiwa berkenaan sering diceritakan ibunya setiap kali tibanya tarikh 8 Ogos.

Dalam pada itu, Jimmy yang turut melalui pengalaman yang sama berharap ahli keluarga mangsa lemas bertabah dan kuat mengharungi ujian Allah. Dia masih lagi menyimpan keratan akhbar berita yang melaporkan tragedi hitam melibatkan bapanya itu.



"Orang yang melalui sahaja tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang. Apabila melihat anak-anak mangsa terkorban yang masih kecil itu menangis, ia sama seperti macam mana saya menangis ketika dimaklumkan berita kematian ayah sewaktu kecil dahulu.

"Saya faham perasaan mereka yang kehilangan seorang ayah ketika usia masih kecil. Saya berdoa agar ahli keluarga mangsa kuat dan tabah dengan ujian Allah.

"Kalau nak tahu, sehingga kini saya masih lagi simpan semua keratan akhbar yang melaporkan berita mengenai kematian arwah ayah saya," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Jimmy Shanley


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: