18 October 2018

BILA ALIFF SYUKRI 'KANTOIKAN' FASHA BAKAL BERKAHWIN


Pelakon Fasha Sandha sebelum ini telah menafikan gosip sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati pelakon Aidil Aziz serta keliru dengan ucapan tahniah bekas suami kepada dirinya.





Namun baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pula telah meninggalkan komen di salah satu muatnaik di laman Instagram Fasha dan memberikan bayangan seakan pelakon jelita itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Walaupun Fasha pernah memberitahu beliau belum bersedia untuk berkongsi sebarang perancangannya bersama Aidil untuk masa depan, rata-rata netizen bagaimanapun merasakan apa yang dikatakan oleh Aliff itu mungkin benar memandangkan beliau dan Fasha bersahabat baik.

Klik untuk gambar besar


Selalunya, hanya mereka yang rapat antara satu sama lain sahaja yang tahu mengenai cerita terkini kan? Kalau dah ada perasaan cinta dan sayang, tunggu apa lagi? Benda baik janganlah ditangguh ye dak?

Kalau sudah jodoh, tunggu apa lagi. Lagi cepat lagi bagus! Bekas suami, Jejai juga sudah memberi lampu hijau, siap dengan ucapan tahniah lagi awal-awal. Heh! Semoga segalanya dipermudahkan buat Fasha dan Aidil.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: