18 October 2018

PIAN MASUK HOSPITAL - ANAK MOHON DOA, JANGAN BUAT ANDAIAN


"Assalamualaikum, mintak jasa baik kepada semua kawan kawan abah, doakan keadaan abah sekarang Rafik Rahman Dia Pian. Abah ada kat wad kecemasan HKL. #prayforpiancecupak," tulis anak kepada pelawak dan pengacara Pian Cecupak, Ainaa Rafique, 21, di Facebook yang memaklumkan keadaan abanhnya.





Pian atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, 46, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tengah malam semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menerusi laporan Harian Metro, Pian dikatakan masih belum sedar dan sedang menerima rawatan rapi di HKL. Ketika menerima berita terbabit, Ainaa berada di Singapura kerana sedang mengikuti kursus pekerjaan.

"Saya tak boleh balik dulu dan minta abang atau sesiapa saja kawan-kawannya kalau ada kelapangan tengokkan abah. Cuma adik dan ahli keluarga lain ada bersama abah sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Dia beritahu doktor sudah pasang alat bantuan pernafasan pada abah dan abah belum sedar. Doktor memaklumkan jantung abah sudah stabil dan mereka tunggu abah sedar sepenuhnya sebelum pindahkan dia ke wad biasa," jelasnya.

Menerusi kemas kini status terbaru Ainaa di laman Facebook, gadis itu memohon agar semua pihak tidak membuat andaian sendiri.

"Maaf semua saya baru nak balik ke Kuala Lumpur untuk lihat keadaan abah. Tolong semua jangan buat andaian masing-masing. Kami sekeluarga dan adik beradik abah ada bersama abah.

"Tolong faham keadaan kami yang masih belum boleh bagi kata putus apa-apa. Terima kasih, Assalammualaikum," tulisnya lagi.



Menurut Aina, sejak kebelakangan ini bapanya kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan daripada doktor.

"Saya sedih apabila jadi begini, tiada sesiapa pun di sisinya kecuali adik. Sebelum ini setiap kali dia semput, kami bawa dia ke klinik swasta untuk diberi gas bagi membantu pernafasan.

"Abah tak nak pergi ke HKL kerana tak suka dimasukkan ke wad. Dia degil dan kami tak tahu nak minta tolong pada siapa untuk bercakap dengannya," tuturnya.

Sebelum ini, Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000. Menerusi perkahwinan terbabit, Pian dikurniakan dua cahaya mata perempuan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: