18 October 2018

TAK MAHU ANAK TERLALU MANJA - UMMI NAZEERA & SUAMI BAGI 'KAKI'


Sudah merancang untuk mendidik anak tanpa kemewahan kerana tidak mahu dia menjadi terlampau manja, pelakon Ummi Nazeera, 28, berkata dia dan suami, Mohd Izzar mahu Ayra Aneesah mampu hidup berdikari dan tidak bergantung harap kepada orang lain apabila membesar kelak.





"Saya nak anak berdikari dan dia kena belajar dalam hidup ini kena bekerja untuk dapatkan sesuatu. Saya dan suami sudah berbincang tak nak terlampau manjakan dia, kami mahu bagi dia 'kaki' untuk berdiri sendiri dan ia berguna apabila kami tiada nanti.

"Itu cara kami nak tunjuk sayang, sebab saya dulu pun sudah berkerja ketika usia 15 tahun. Namun, ini semua hanya plan kami dalam mendidik anak," katanya.

Ummi mahu anaknya yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu dan kini berusia dua bulan itu dijaga oleh keluarga sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Ummi memberitahu ketika penggambaran filem filem 'Gol & Gincu 2', dia disahkan hamil dua bulan. Bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kesulitan dan penggambaran berjalan dengan lancar.

"Penggambaran pada bulan Januari lalu, Alhamdulillah semasa shooting saya tak ada sebarang alahan yang menganggu proses pembikinan filem.

"Cumanya saya banyak tidur, ada masa senggang saja tertidur, alahan tak ada, mungkin sebab masa itu saya banyak berjalan dan buat aktiviti.



"Selepas habis shooting baru berlaku pendarahan dan ada simptom alahan ibu mengandung," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan Izzar, 31, di ibu negara, pada 23 Julai tahun lalu.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, berkata dia memerlukan sedikit masa.

"Tunggu... hold dulu, perlukan sedikit masa. Dah okay nanti baru tambah lagi," jelas pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Patahnya Sebelah Sayap ini.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: