01 October 2018

BOOTH PERNIAGAAN DIARAHKAN TUTUP - SAFIEY & SAJAT KECEWA


Semua mengetahui mengenai kontroversi hangat yang melanda dua usahawan popular Safiey Illias dan Nur Sajat, terutama sekali melibatkan soal jantina mereka.





Pendek kata, apa yang mereka lakukan pasti sahaja akan mendapat perhatian dan mengundang segala macam jenis kecaman dan kritikan.

Sebelum ini, kisah penghijrahan usahawan kosmetik Safiey menjadi perhatian ramai. Namun, transformasinya yang kembali menjadi seorang perempuan membuatkan netizen kurang senang dan ada yang mengatakan Safiey menggunakan agama untuk meraih perhatian demi perniagaannya.

Terbaru, kemunculan mereka dengan membuka booth perniagaan di sebuah karnival jualan popular mendapat bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Perak.

Klik untuk gambar besar


Pihak tersebut telah melakukan serbuan dan memaksa agar Safiey dan Sajat menarik diri dari acara berkenaan dan sekaligus menutup gerai mereka.

Insiden itu membuatkan Safiey dan Sajat kecewa dan meluahkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang tidak adil menutup periuk nasi stokis-stokis yang menjual produk mereka.

Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana mereka yang terlibat hanya ingin mencari rezeki dengan cara yang halal.

Safiey juga mendakwa kehadirannya ke acara tersebut membawa malapetaka dan pekerja beliau dimalukan dengan begitu teruk. Meskipun terkilan dengan apa yang berlaku, Safiey menganggap ia adalah satu ujian buatnya.



Beliau juga turut meluahkan rasa kasihan terhadap pekerjanya yang mahu mencari rezeki membantu keluarga namun terpaksa pulang.

Insiden yang menimpa Safiey itu dilihat sebagai perkhabaran gembira bagi segelintir netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila gerainya diboikot dan berharap ianya menjadi pengajaran buat Safiey.

Namun, ada juga netizen tidak bersetuju dengan tindakan memboikot gerai Safiey kerana ia seolah menutup pintu rezeki seseorang.

Apa pandangan anda pula tentang isu ini? Wajarkah tindakan seperti itu diambil?




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: