01 October 2018

UCAPAN DI APM - AYDA JEBAT DIKECAM 'SINDIR MALAYSIA'


Penyanyi Ayda Jebat baru-baru ini telah merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018 (APM 2018) yang berlangsung di Singapura menerusi lagu 'Mata'.





Namun begitu, ucapan Ayda di majlis anugerah tersebut telah membuatkan ramai berasa berang kerana dianggap memalukan Malaysia apabila ucapannya itu dikatakan 'menyindir' industri Malaysia.

"Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia," katanya di APM 2018.

Rata-rata peminat berpendapat ucapan Ayda di Singapura baru-baru ini 'kurang cerdik', selain memalukan negara sendiri biarpun sudah memenangi anugerah hanya kerana rasa tidak puas hati.

Klik untuk gambar besar


Sindiran Ayda difahamkan berkaitkan dengan kontroversi sebelum ini, dimana beliau tidak berpuas hati lagunya, 'Mata' gagal ke pentas AJL 32. Malah Ayda mengatakan indsutri Malaysia terlalu banyak isu politik dalaman.

Ucapan sindirin Ayda turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon Adibah Noor, yang berpendapat setiap lagu ada penilaian tersendiri dan bukan kerana tidak diterima menerusi akaun Twitternya.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, namun ramai mendakwa ianya ada kaitan dengan penyanyi lagu 'Pencuri Hati' itu.

Menerusi kemenangannya di APM 2018, Ayda berjaya mengetepikan empat pencabar lain iaitu kumpulan Search, Dayang Nurfaizah, Mimifly, As’ad Motawh.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: