01 October 2018

SEGAN KONGSI KEHAMILAN - NOURUL IDAM ANAK PEREMPUAN LAGI


"Pada mulanya saya segan nak beritahu mengenai kehamilan ini. Yela, sebab sudah nak masuk anak keempat. Tak ada benda nak kongsi pun. Tapi disebabkan takut berlaku salah faham, saya memilih untuk berkongsi juga berita gembira ini.





"Takut nanti pengikut laman sosial pertikaikan kenapa badan saya berisi sedangkan saya berniaga produk untuk kurus," kata peyanyi Nourul Wahab yang mengakui pada mulanya berasa segan untuk memberitahu kepada umum bahawa dia kini sedang hamil anak keempat dan kandungannya sudah memasuki lapan bulan.

Memilih untuk berkongsi berita itu kerana ingin mengelakkan daripada salah faham pada awalnya, namun kini Nourul telah berkongsi berita kehamilannya menerusi laman sosial pada Jumaat lalu dan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu, Nourul atau penuhnya Noorul Huda Abdul Wahab, 40, merancang untuk memiliki seorang lagi anak perempuan namun tidak meletakkan harapan tinggi.



"Saya dan suami memang rancang nak anak perempuan tapi tak letak harapan yang tinggi sangat. Tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan. Bagi saya, semua itu adalah rezeki Allah," ujarnya.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.

Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: