01 October 2018

MAIN 'TELEFON' DI ICSYV (MY) - TAJUL NAFI TAK BERADAB


Baru-baru ini, penyanyi baharu, Tajul Arif Md. Shari, 20, dikatakan tidak beradab apabila sedang bermain telefon sewaktu rancangan I Can See Your Voice (Malaysia) sedang berlangsung.





Aksi tersebut dirakam oleh salah seorang peminat ketika Tajul hadir sebagai artis jemputan dalam program realiti tersebut.

Rata-rata peminat mengecam adik kepada arwah vokalis kumpulan Spin, Achik, itu sebagai tidak menghormati rancangan serta mengambil tugasnya sambil lewa kerana kerana leka bermain telefon.

Namun begitu, pelantun 'Sedalam Dalam Rindu' itu menafikan tuduhan tersebut dan memberitahu peminat tidak sepatunya membuat spekulasi melulu tanpa mengetahui situasi sebenar di pentas rakaman.

Klik untuk gambar besar


"Isu saya bermain telefon sewaktu menjadi artis jemputan program I Can See Your Voice sebenarnya tidak seteruk yang disangkakan. Saya bukan sibuk membelek laman sosial tetapi ada mesej penting yang perlu dilihat.

"Malah, ia berlaku secara tidak sengaja kerana sebelum saya dirakam bermain telefon, program berehat untuk iklan. Saya tidak perasan iklan berakhir dan ternampak seperti saya sedang leka bermain telefon.

"Saya sedar dan tahu apa tujuan saya berada di situ jadi insiden itu bukan disengajakan. Saya sebolehnya enggan melayan kecaman-kecaman pengguna laman sosial kerana mereka memang akan sentiasa mencari salah setiap artis.

"Namun ingin saya tegaskan, saya bukanlah tidak beradab kerana ia berlaku secara tidak sengaja. Bagi saya, jika tidak beradab saya telah melakukan sesuatu yang kurang ajar dan dengan niat berlagak bagus," jelasnya.



Ditanya adakah pihak produksi program ada memberi sebarang taklimat sebelum anda bersiaran, Tajul memberitahu mereka telah memaklumkan padanya dan berkata rancangan ini adalah santai.

"Ya, mereka memberitahu rancangan ini adalah santai dan saya tidak perlu terlalu serius. Saya juga ada bertanya adakah telefon dibenarkan dibawa bersama dan mereka mengizinkannya.

"Saya tahu ada sesetengah program telefon perlu diletak di tepi jadi saya tidak seteruk yang disangkakan kerana tahu peraturan," katanya.

Bergelar seorang selebriti bermakna setiap gerak geri akan menjadi perhatian masyarakat dan itulah bayaran yang perlu dibayar.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: