01 October 2018

"ZAIN TAK MAHU AAISYAH JADI ARTIS" - CHE TA


"Seboleh-bolehnya Zain tidak mahu Aaisyah menjadi artis dan didedahkan dengan dunia hiburan. Malah, Zain bising jika saya bawa Aisyah ke majlis hiburan hingga balik lewat malam. Ini kerana dia tidak mahu anak ponteng sekolah.





"Cuma, jika ada tawaran Aaisyah berlakon dengan saya, kami okay. Kalau hanya dia seorang kami tak akan ambil. Sejak usia tiga tahun lagi Aaisyah suka menyanyi dan berlakon. Kalau dia duduk saja, kita boleh dengar dia menyanyi seorang diri.

"Lagu yang dinyanyikan pula lagu orang dewasa. Lagu berkenaan dia dengar di radio. Malah, lagu Keke Challenge pun dia tahu. Kalau depan cermin pula dia suka berangan jadi pelakon.

"Pendek kata, dia berjiwa orang dewasa dan ikut seperti saya," kata pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengenai suaminya, Zain Saidin yang tidak mahu anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 4, mengikut jejak langkah mereka menjadi artis walaupun Aaisyah sudah menunjukkan minat dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Klik untuk gambar besar


Rozita yang juga dikenali sebagai Che Ta berkata, suaminya itu juga tidak suka dia mewujudkan akaun Instagram Aaisyah seperti anak kebanyakan selebriti lain.

Dalam perkembangan lain, Che Ta bakal muncul dalam drama 'Lelaki Kiriman Tuhan' arahan Rashid Sibir yang turut dilakonkan oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Jasmin Hamid, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Apapun, tidak hairan jika Aaisyah meminati untuk menceburi dalam industri hiburan sama seperti ibu bapanya. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Mungkin Zain sudah mempunyai perancangan untuk masa depan anaknya itu.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: