30 September 2018
RUPA NORA DANISH 'BOTAK' TAPI MASIH CANTIK
Menerusi laman Instagram, pelakon Nora Danish telah mengejutkan peminatnya apabila memuatnaik gambarnya dengan imej berkepala botak.
Bagaimanapun, menerusi kapsyen Nora memberitahu dia sedang melakonkan watak seorang wanita yang menderita kanser rahim.
"Saya Eva, saya ada kanser rahim tahap empat, saya redha dan beruntung mempunyai suami yang sangat penyayang, tapi saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia," tulisnya tentang watak tersebut.
Nora berpenampilan sedemikian bagi menjayakan watak Eva dalam telefilem 'Hingga Jumpa Lagi' terbitan KL Motion Picture. Ia hasil sentuhan jurusolek artis Sherry Alauddin. nora bergandingan dengan Kamal Adli dalam telefilem tersebut.
Klik untuk gambar besar
Meskipun berpenampilan botak, rata-rata pengikutnya berasakan Nora masih kelihatan cantik dan anggun. Malah, ada juga rakan artis yang sempat meninggalkan komen memuji penampilan aktres berusia 36 tahun ini.
"Awak ni buat apa pun cantik," kata Siti Sarah Raissudin. - "Awak masih cantik meskipun botak," komen Elvina Mohamad.
"Artis kesayangan dari dulu sampai sekarang, tak pernah mengecewakan, cantik seperti biasa," tulis seorang peminat pula.
Foto yang dimuatnaik itu menerima lebih 40,000 tanda suka dan hampir 800 komen ditinggalkan pengikut.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment