16 October 2018

CADANG BUKA KAUNTER KHAS - PIHAK MAS RESPON STATUS AZNIL


Baru-baru ini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi telah memuatnaik video di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan melahirkan rasa kesal kerana beliau tidak dapat membantu seorang warga emas yang perlu berdiri dalam barisan yang panjang bagi mendaftar masuk bagasinya di kaunter ekonomi.





Menerusi kapsyen yang ditulis, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil itu yang berada di kaunter daftar masuk perniagaan dan kelas pertama cuba untuk meminta kebenaran pihak MAS bagi memberi laluan ekspres kepada warga emas berkenaan. Namun, mungkin disebabkan peraturan, Pak Nil berkata, permintaan beliau tidak diizinkan.

Justeru, Aznil telah mencadangkan MAS supaya membuka sebuah laluan khas di kaunter pendaftaran masuk untuk warga emas, wanita mengandung, golongan istimewa dan ibu bapa yang membawa kanak-kanak.

Tindakan mulia Pak Nil itu telah menarik perhatian di laman sosial Instagram. Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Pak Nil.

Klik untuk gambar besar


Malah, perkongsian Pak Nil itu telah mendapat respon positif daripada pihak Malaysia Airlines (MAS) terhadap cadangan untuk memberi kemudahan kepada warga emas sewaktu beratur bagi mendaftar masuk bagasi di kaunter di lapangan terbang.

Menerusi respons tersebut, syarikat penerbangan nasional itu menyambut baik cadangan Aznil dan berusaha untuk mempertingkatkan mutu layanan mereka terhadap pelanggan.

"Kami sangat kesal dengan pengalaman kurang enak anda. Sehubungan dengan itu, kami akan cuba menyampaikan cadangan anda kepada pihak yang berkenaan bagi menaik taraf servis kami pada masa akan datang," ujar respons berkenaan.

Sementara itu, Aznil membalas respons MAS dengan ucapan terima kasih dan memuji syarikat penerbangan tersebut kerana sudi menerima teguran dan sentiasa positif.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Kosmo & Instagram Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: