16 October 2018

"TAK PASTI APAKAH TUJUAN JEJAI LAKUKAN..." - FASHA


Pelakon Fasha Sandha telah diminta memberi respon berhubung gambar dan status ucapan tahniah dimuatnaik bekas suaminya terhadap majlis yang didakwa dianjurkan pelakon drama bersiri 'Lara Aishah' itu.





"Saya tak pasti apakah tujuan Rizal Ashram (Jejai) melakukan perkara itu," kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Status dimuatnaik Rizal Ashram atau dikenali sebagai Jejai itu telah menarik perhatian netizen dan juga blog hiburan sekali gus turut disebarkan.

Kebanyakan mereka membuat andaian bahawa majlis yang dimaksudkan oleh Jejai itu mempunyai kaitan dengan majlis pertunangan atau pernikahan antara Fasha dengan aktor Aidil Aziz.

Klik untuk gambar besar


Fasha yang dihubungi, berkata dia sejujurnya terkejut dengan status yang dimuatnaik bekas suaminya membabitkan ucapan tahniah berkenaan.

"Setakat (hari) ini, saya dan Aidil masih berkawan rapat. Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai sebarang perancangan saya dan Aidil untuk masa depan. Ini kerana saya tidak pasti apa akan jadi pada esok hari.

"Insya-Allah apabila tiba masa dan harinya nanti saya pasti berkongsi dengan peminat. Setakat ini, saya tidak mahu berkongsi kerana masanya belum tiba," jelasnya.



Fasha juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan perkara baik buat dirinya dan Aidil.

"Mohon bagi saya sedikit masa kerana sekarang sibuk dengan persiapan untuk ke Wales bagi menjalani pengambaran drama Aku Bukan Gila bersama Beto Kusyairi. Saya akan berada di sana selama 14 hari," tuturnya.

Menurutnya, dia berharap tidak ada mana-mana pihak membuat sebarang andaian membabitkan apa saja perkara membabitkan hubungannya dengan Aidil pada masa akan datang.

"Sebaiknya tunggu kenyataan diberikan sendiri oleh kami," ujarnya yang bernikah dengan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai Januari 2016.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: