31 October 2018

DAKWAAN 'PENGIKUT PALSU': "APA MOTIF" - NEELOFA


"Apabila dia menggunakan terma pengikut palsu, ramai yang mula beranggapan lain. Kenapa perlu dia berbuat begitu? Ia membuatkan ada orang salah faham apabila mereka ingat saya membeli pengikut di Instagram.





"Sebetulnya, dia patut menggunakan terma 'bad followers' atau mereka yang mengikut sekadar untuk menghentam. Mereka tidak ubah seperti 'haters' (pembenci).

"Daripada saya didakwa kononnya membeli lebih sejuta pengikut palsu, lebih baik saya beli 10 juta," kata pelakon dan pengacara Neelofa.

Pengacara program 'Meletop' itu berkata dia tidak pasti motif sebenar seorang lelaki berkongsi senarai 10 individu berpengaruh di Malaysia yang didakwa memiliki pengikut palsu paling ramai di laman sosial Instagram.

Menerusi perkongsian di Twitter itu, nama Neelofa berada pada kedudukan teratas dengan dakwaan memiliki lebih sejuta pengikut palsu.

Klik untuk gambar besar


Turut disenaraikan ialah anak pasangan artis, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Nora Danish, Mira Filzah, Uqasha Senrose, Amyra Rosli dan Zizan Razak.

Menurut Neelofa, dia menyedari mengenai penyebaran senarai terbabit, namun kurang pasti niat sebenar lelaki berkenaan berbuat demikian.

Neelofa yang juga ahli perniagaan terkenal mendakwa, dia memang mengetahui serba sedikit identiti lelaki terbabit.

"Lelaki itu adalah kawan kepada kawan kakak saya. Saya difahamkan, dia individu yang sepatutnya diundang ke sebuah program TV bagi membincangkan topik mengenai perkara berkaitan pengikut di laman sosial," jelasnya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: