01 November 2018

DIDAKWA SEMAKIN KACAK KERANA 'DUIT' - ALIF SATAR TAMPIL JAWAB


Seorang pengguna di Twitter baru-baru ini telah memuatnaik gambar throwback Alif Satar ketika mula-mula menyertai dunia seni dan wajah terkini penyanyi dan pelakon tersebut.





Perbezaan yang ketara antara dua imej itu mengundang banyak komen dari para peminat yang menyifatkan perubahan Alif terlalu mendadak dan ianya satu perkara yang baik untuk selebriti itu.

Tidak kurang juga yang mendakwa Alif mampu mengubah penampilan lebih baik kerana sudah semakin banyak duit hasil kegiatan seni dan tidak hairanlah mampu berbelanja untuk menaikkan imej dan wajah lebih kacak.

Klik untuk gambar besar


Menerusi kemaskini menerusi Instagram, Alif memberi komen peribadi beliau tentang perkara ini dan mengatakan yang duit hanyalah menyumbang sebanyak 10% untuk perubahan positif yang beliau alami selama ini.

"It's not money that is going to help you be better, it's the drive in you, your connection to Him and your will to change to be better are the true factors that define who you are," ujar Alif menjawab persoalan ramai.

Semua orang ada jalan tersendiri untuk menjadi dewasa dan Alif Satar pastinya lebih tahu apa yang beliau lalui untuk menjadi yang lebih baik kini. Apa yang penting adalah kemahuan untuk mengubah diri, bukan?






www.myartis.com / Sumber: Twitter Mein Mokhtar & Instagram Aliff Satar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: