01 November 2018

TAHNIAH - DANNY (X-FACTOR) BAKAL TIMANG ANAK SELEPAS 7 TAHUN


"Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Kehamilan kali ini saya anggap seperti anugerah Allah yang sudah lama dinanti-nantikan. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat dan begitu juga saya serta isteri.





"Sebenarnya, isteri saya pernah hamil dua tahun lalu namun mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tiga minggu," kata penyanyi Danny (X-Factor) yang menganggap kehamilan isterinya Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn selepas tujuh tahun berkahwin adalah anugerah yang dinanti-nantikan.

Pemilik nama sebena Mohd Khardanie Anwa, 38, ini berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran pada dua tahun lalu.

Danny menerusi laman sosialnya telah berkongsi berita gembira isterinya yang kini sedang hamil lima bulan dan bakal menimang anak lelaki.

Klik untuk gambar besar


Menurut Danny, dia dan isteri tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat dengan sentiasa membuat pemeriksaan doktor.

"Saya dan isteri juga tidak pernah berputus asa dan kami sentiasa mencuba dan mencari jalan untuk dikurniakan zuriat.

"Sejak isteri keguguran, kami selalu juga buat pemeriksaan. Doktor pun selalu memberi kata positif dan memberitahu yang kami berdua tak ada masalah.

"Cuma, disebabkan tiada rezeki lagi sepanjang tujuh tahun kami berkahwin. Saya percaya Allah akan beri rezeki apabila kita sudah bersedia," ujarnya.



Dalam pada itu, Danny tidak mahu tergesa-gesa membuat persiapan kerana keutamaannya adalah bayi dan isterinya.

Namun, Danny bakal memasuki kelas penjagaan anak memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman dalam menjaga bayi kecil.

"Buat masa sekarang, saya tak ada buat persiapan sangat. Bagi saya, apa yang penting adalah kesihatan bayi dan isteri saya.

"Tak kisah pasal persediaan itu, janji bayi saya lahir cukup sifat dan sempurna. Tetapi, saya akan mula masuk kelas penjagaan anak tidak lama lagi," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: