01 November 2018

JEMPUTAN KE ASK 2018 - ADI PUTRA PERSOALKAN


Menerusi laman Instagram, pelakon Datuk Adi Putra telah memuatnaik kad dijemput untuk hadir ke Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsung pada 2 November ini dan menyatakan rasa keliru dengan sistem jemputan digunakan oleh pihak penganjur.





Pada kebiasaannya, selepas memberi pengesahan tentang kehadiran (RSVP) pastinya tiket untuk sesebuah majlis itu akan diserahkan kepada tetamu yang dijemput bukan? Tetapi kali ini Adi pula terpaksa mengambil tiket itu sendiri.

Lebih pelik lagi, Adi juga tidak tahu adakah nama ataupun drama lakonannya yang tercalon dalam anugerah tersebut.

"Salam, dapat trima text dari wakil penerbit utk satu drama yg dicalonkan atau saya dicalonkan mana saya pun tak tau, tapi minta reply rsvp utk hadir ASK 2018. Tapi paling WINNN skali, tiket sila ambil sendiri...... tak salah bertanya kan ( ASK ) 😎.

Klik untuk gambar besar


"Saya sokong station2 yg sedia ada. Tapi, kalau u guys ditempat saya, u guys pergi tak? Cer share.... rasa macam cara tu tak sesuai kan?? @tv3malaysia @dramasangat @mediaprimabhd #taatpadayangsatu #adpwithummah #ask2018," tulisnya.

Bukan berniat untuk mengkritik ataupun memarahi mana-mana pihak, pelakon popular itu cuma merasakan cara jemputan berkenaan agak tidak sesuai.

Mungkin pihak yang terbabit mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Fikir positif.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Adi Putra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: