01 November 2018

TERCABAR DENGAN SUAMI - MIA AHMAD REDA, NAFI RAIH PERHATIAN


Pelakon Mia Ahmad tampil menyatakan apa yang dilakukannya bukanlah untuk meraih perhatian dan menjelaskan bahawa dia reda dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.





Selain mengakui emosinya kurang stabil ketika ini, pelakon drama 'Hati Perempuan' itu juga menjelaskan bahawa dia tercabar dengan suami.

"Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini... Terpulanglah.

"Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya. Apa jadi selepas ini, saya reda," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu bagi suaminya, Izham Tarmizi, siasatan mendalam sedang dilakukan kini dan mengakui bahawa dia mahu menyelamatkan ruamhtangganya itu.

"Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini.

"Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak. Ketika ini siasatan terperinci sedang dibuat," jelasnya.

Untuk makluman, Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: