31 October 2018

DIDAKWA 'CURANG' MASA PANTANG - SUAMI MIA AHMAD NAFI


Ketika sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka pada 28 September lalu, rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan dilihat 'goyah' apabila Mia meluahkan isi hati yang seolah-olah menggambarkan dirinya dan suami sedang mengalami masalah.





"Allah menghantar seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan lebih baik," tulisnya.

Selain status luahan itu, pelakon drama bersiri 'Hati Perempuan' itu turut memadam semua foto suaminya termasuklah foto perkahwinan mereka daripada laman Instagram sehingga menimbulkan tanda tanya.

Kata Mia, apa yang beliau lakukan itu bersebab dan mengakui kini emosinya tidak stabil kerana sedang berdepan kemelut yang sukar untuk dijelaskan. Apa sahaja yang berlaku selepas ini beliau akan redha.

Namun penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Klik untuk gambar besar


Izham berkata, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

"Ingin saya tegaskan saya tidak mengenali wanita dimaksudkan mahupun teman lelakinya malah saya tidak tahu apa motif mereka menuduh saya curang dibelakang Mia.

"Apa yang saya nampak motif mereka mahu memporak-perandakan rumah tangga kami dan saya jadi sasaran mungkin kerana orang kenal kami," jelasnya.

Enggan cepat melatah, Izham berkata, dia akan menyiasat terlebih dahulu masalah yang timbul sebelum mengambil sebarang tindakan seperti membuat laporan polis.



Fokusnya kini kata Izham adalah untuk memberi perhatian kepada Mia yang sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka selain menyelesaikan perkara tersebut sesama mereka terlebih dahulu.

"Alhamdulillah Mia dalam keadaan tenang sekarang... Dia ada bersama saya dan anak. Saya sudah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan fokus saya sekarang adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Sekarang nampak seperti saya yang bersalah walaupun sebaliknya yang berlaku... Saya tidak akan mengalah bagi memulihkan keadaan," katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: