31 October 2018

VIDEO 'NAKAL': "TERSEBAR LEPAS HANTAR UNTUK DIBAIKI" - AYU RAUDHAH


"Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami.





"Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki. Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

"Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," pelakon Ayu Raudhah yang memberitahu video kontroversi mirip suaminya pemain bola sepak Kuala Lumpur iaitu Zaquan yang tersebar baru-baru ini adalah adalah koleksi peribadi mereka yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Ayu berkata, dia enggan mengulas lanjut dan menganggap perkara tersebut sebagai satu isu sensitif yang tidak perlu dihebahkan kepada umum.

Klik untuk gambar besar


Pelakon 'Cinta Bukan Kristal' ini mengulas kontroversi video 'nakal' mirip Zaquan yang tersebar dan menjadi topik perbualan di media sosial baru-baru ini.

Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di hadapan kamera.

Dalam pada itu Ayu berkata, dia terkejut dan kesal dengan perkara yang boleh menjejaskan nama dan reputasi suaminya.



Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Untuk makluman, Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.

Bagus Ayu, setiap kali suaminya terpalit dengan kontroversi beliau tidak pernah cepat melatah dan cuba untuk menjelaskan setiap perkara dengan cara berhemah.

Itulah kata orang, dalam perhubungan kena saling mempercayai dan jangan terus dengar percakapan orang sahaja.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: