Menerusi laman Instagram, penyanyi Black Hanifah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira telah berkongsi nama anak kedua mereka yang dilahirkan pada 25 Oktober lalu pada jam 1.56 pagi.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik, anak sulung pasangan ini iaitu Khaleef Dayyan telah mengumumkan nama adiknya yang diberi nama 'Rindu Dayyana'.
"Bismillah... Dayyan dah ready nak share nama adik dia... Nama dia ialah... #nyawablack #blackpirlo #pokpet #KDRD #nivalel #nimemangviral tengok sampai habis noh," tulis Black.
Klik untuk gambar besar

Melihat pada bahagian komen, rata-rata netizen turut teruja dengan keunikan nama anak perempuan Black dan isterinya itu.
Untuk rekod, Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Black Hanifah
________________________

No comments:
Post a Comment