30 October 2018

VIDEO SUDAH DIPADAM - TAUKE MINTA TOLONG SIAPA SHARE BUANG


Pelawak Tauke Jambu yang sebelum ini berkongsi detik gembira selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Sabtu lalu itu telah memadam video tersebut.





Dalam masa sama, Tauke turut meminta tolong kepada sesiapa yang share atau repost video itu, untuk buang.

"Salam semua.. ok gua dah turunkan.. sori mata dah kero tak pasan sebab excited terlebih.. bnyk kunyah gula yahudi agaknya 😂😂😂😂.

Klik untuk gambar besar


"Lagi satu geng kalau nampak ada yg post or repost video yg sama tolong gua tendangkan pungkoq dia.. 😂😂😂," tulis Tauke di laman Instagram.

Terdahulu, berita gembira itu telah disambut baik bukan sahaja dikalangan rakan artis malah seluruh peminat Tauke.

Entri tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan setakat ini dan turut dihujani komen pelbagai daripada netizen.



Bagaimanapun, tindakan Tauke memuatnaik video tersebut mengundang rasa kurang senang dihati netizen kerana mendakwa pelawak tersebut telah menunjukan bahagian dada isterinya itu.

Para netizen turut meminta Tauke supaya memadam video berkenaan bagi menghormati aurat isterinya itu.

Untuk makluman, isteri kepada Tauke, Nadia Effendi telah selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Serdang tepat jam 8.28 minit malam.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Tauke Jambu & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: