22 October 2018

DIKECAM ISU 'INNER': "SUSAH NAK TERKESAN" - SCHA


"Fitnah itu datang daripada pandangan dan fikiran masing-masing walaupun mereka sendiri sedia maklum ada inner. Alhamdulillah, setakat ini, saya memang susah nak terkesan dengan komen-komen yang dilemparkan netizen kepada saya.





"Setakat ini masih lagi okey," kata pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya yang memberitahu beliau tidak akan melenting dengan perkara itu kerana ia bergantung kepada pandangan masing-masing.

Minggu lalu, gaya pakaian Scha yang memakai inner warna kulit teruk juga dikecam kerana agak jarang dan dianggap seksi.

Pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari antara yang paling menjadi perhatian di Instagram. Entah kenapa, banyak pula netizen akan memberikan respon dengan mengkritik setiap sahaja perkara yang mereka lakukan.

Agak kental juga ya hati dan pemikiran Scha, meskipun hampir setiap saat ada sahaja mata memerhati dan mencari kesalahannya, beliau tetap boleh relaks. Nampaknya artis lain kena tuntut ilmu kalis kecaman dengan Scha. Heh..

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: