22 October 2018

BILA NEELOFA MENGINAP HOTEL BAWAH LAUT RM200K SATU MALAM


Kami tak pastilah sudah berapa kali pelakon dan pengacara Noor Neelofa menjejakkan kaki ke gugugan kepulauan Maldives dan nampaknya kali ini selebriti popular itu menikmati percutian yang lain dari biasa.





Melalui kemaskini terkini di Instagram, pengacara pragram 'MeleTop' itu berkongsikan pengalaman beliau menginap di sebuah bilik hotel bawah laut di Maldives.

Dikelilingi lautan biru dan pelbagai hidupan laut serta bilik tidur yang lengkap dengan ciri dan teknologi moden dengan kelasnya tersendiri, penginapan yang dikenali sebagai The Muraka undersea villa yang didiami Neelofa berharga 50,000 USD ataupun lebih kurang RM200,000 untuk satu malam.

Klik untuk gambar besar


Menurut laporan Bloomberg, bilik hotel mewah dengan nama Muraka bertempat di Conrad Maldives Rangali Island merupakan villa mewah bawah laut pertama di Maldives dan menelan belanja lebih USD15 juta untuk dibina.

Bukan calang calang orang boleh menginap di bilik hotel mewah ini, bertuah badan Neelofa dapat menjadi salah seorang di dunia yang merasai tidur bertemankan ikan di lautan.

Dengan statusnya sebagai seorang usahawan berjaya, memang Neelofa lebih daripada mampu untuk menginap di villa mewah tersebut. Heh!
















ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Instagram Neelofa & Bloomberg


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: