22 October 2018

ALMY NADIA: "HADIAH DALAM PERUT TAU, I LOVE YOU..."


Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, pelakon Datin Almy Nadia telah berkongsi ucapan 'sweet' dan akan memberikan hadiah istimewa buat suaminya, Datuk Fizz Fairuz sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39.





"Syukur Alhamdulillah genap umur sayang 39 tahun pada 22/10/18 hari ini. Happy birthday my King. Tahun ini hadiah dalam perut tau. Kasih sayang setia pengorbanan itu adalah hadiah untuk mu sayang.

"Tak ada apa yang nak diucapkan, hanya doa seorang isteri sentiasa berada disisimu, dibelakang, didepan, diatas, dibawah bersamamu wahai my King @fizzfairuzofficial.

Klik untuk gambar besar


"I love you sayang, anak-anak sayang papa. Sekali lagi selamat hari jadi my love forever," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Fizz serta mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap Almy selamat melahirkan anak ketiga.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: