22 October 2018

MASUK HOSPITAL - LANA NAFI BERSALIN, ALAMI PENDARAHAN


"Pada mulanya saya ingat air ketuban pecah, tetapi tengok balik ia darah. Memang terkejut sebab terlalu banyak hinggakan suami pun panik. Jadi, dia terus bawa saya ke Pusat Perubatan Rampai Puteri, Setapak.





"Alhamdulillah, selepas diperiksa bayi dalam kandungan okay. Kalau ikutkan saya tidak mahu bermalam di wad, tetapi atas nasihat doktor saya kena juga dimasukkan wad dan dibenarkan keluar pagi tadi," jelas pelakon Lana Nodin yang kini hamil tujuh bulan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 38, berkata dia panik apabila mengalami pendarahan secara tiba-tiba ketika sedang bersarapan nasi lemak pagi semalam dan itu kejadian pertama dialami selepas dua kali mengandung.

Lana yang berkahwin dengan Mohd Daud McKienzie pada tahun 2015 itu memberitahu punca pendarahan tersebut akibat diri dan bayi terlalu aktif.

Malah, dia juga baru melakukan penerbangan jauh apabila pulang ke Malaysia dari Amerika Syarikat (AS) lima hari lalu.

"Bayangkan saya menaiki penerbangan dari Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur selama 24 jam. Sampai di sini, saya tidak duduk diam dan asyik berjalan. Kebetulan saya pun nak pindah rumah.

Klik untuk gambar besar


"Pendarahan bukan sebab pemakanan, tetapi saya terlalu aktif dan tidak cukup rehat. Ketika hamil anak pertama, tidak pernah berlaku perkara ini.

"Risau juga kalau bersalin awal. Doktor memaklumkan bayi sudah 32 minggu, jadi saya kena lebih hati-hati. Doakan semoga bayi dalam kandungan dan proses bersalin nanti dipermudahkan.

"Terima kasih kepada doktor yang merawat saya dari awal kerana sanggup datang meskipun dia tidak bertugas. Tidak dilupakan, keluarga dan rakan terdekat yang memberikan ucapan," katanya.

Ditanya mengenai jantina anak keduanya itu, pelakon filem 'Biasan' dan drama Takdir Qismah' ini bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi.

"Nanti dululah. Apa yang penting, doakan kesihatan saya dan bayi," tuturnya yang dikurniakan anak perempuan, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia dua tahun.



Manakala menerusi entri di Instagram (IG), Lana berkongsi sebuah video meminta supaya orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya dan kandungan agar semuanya selamat.

Enggan orang ramai salah faham, Lana tampil memmberitahu yang dia dimasukkan ke hospital bukan kerana nak melahirkan anak tetapi mengalami komplikasi pada kehamilannya.

"Terima kasih banyak-banyak kepada @rampaiputeri yang menjaga Lana dan beri layanan dengan baik dan selesa pada family Lana.

"Thank you so much, Alhamdulillah semuanya selamat dan baik-baik belaka dan hari ni dapat discharge setelah di monitor 24 jam. Doakan Lana dan kandungan semoga sihat sampai pada masanya. Amin," tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Lana dan kandungannya sentiasa sihat dan dia mendapat rehat secukunya ketika hamil.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Lana Nodin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: