22 October 2018

ICSYVMY: BILA 'DOKTOR SEDAP' SEBENARNYA 'PENYANYI SEBENAR'


Gara-gara suaranya dikecam kononnya terlalu teruk ketika menyanyikan lagu 'Sesat Dalam Rindu' nyanyian Aiman Tino dalam program realiti 'I Can See Your Voice Malaysia' (ICSYVMY), 'Doktor Sedap' telah menjadi tular.





Bagaimanapun, 'Doktor Sedap' atau nama sebenarnya Faiezal Mahazir mengakui apa yang berlaku itu hanya lakonan dan diminta pihak produksi untuk beraksi dengan suara sumbang.

"Pihak produksi cari yang bersuara sumbang untuk program ini sebab nak cari penyanyi betul sangat mudah dan di mana-mana boleh dapat.

"Tapi susah untuk dapatkan penyanyi yang bersuara sumbang yang boleh beraksi di atas pentas tanpa rasa malu," katanya yang membuat penjelasan di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Faizal merupakan salah peserta bersuara sumbang dalam program tersebut bersama Altimate yang disiarkan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, segelintir netizen mempersoalkan bakat nyanyiannya kerana dia mempunyai suara yang sedap dan pernah muncul dalam beberapa program televisyen sebelum ini.

Tambahnya, dia menerima tawaran ICSYVMY tanpa berfikir panjang: "Pihak mereka meminta izin dan persetujuan terlebih dahulu dan saya tanpa berfikir panjang terima cabaran tersebut".






ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: