22 October 2018

MASIH DIKAITKAN DENGAN BEKAS SUAMI - RITA RUDAINI 'GERAM'


"Mereka masih tak 'move on' dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.





"Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan," kata pelakon Rita Rudaini.

Rita mengakui geram dengan tindakan netizen yang masih tidak boleh menerima kenyataan dan terus mengaitkan diri dan anak-anaknya dengan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Perkara itu berlaku apabila Rita memuatnaik gambar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, bersama pasukan bola sepaknya yang ditubuhkan sendiri, RR Cougers.

Kebanyakan netizen memberikan komen dan mengaitkan kemampuan dua cahaya mata Rita itu boleh bermain bola sepak kerana bapa mereka juga pemain bola sepak profesional.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu membuatkan Rita berasa kecewa, malah turut menyelar netizen terbabit dengan kenyataan 'mak punya susu, bapak dapat nama'.

Sewaktu dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur hari ini, Rita bagaimanapun menegaskan dia tidak menafikan Aidil Zafuan adalah bapa kepada anak-anaknya.

Jelas Rita, dia yang membesarkan anak-anak sendirian, jadi dia tahu apa kelebihan Rayyan dan Arjuna. Tegasnya kedua-dua anaknya itu tidak suka bermain bola sepak dan lebih kepada muzik dan badminton.

"Di sekolah juga anaknya masuk kelab badminton dan bukan bola sepak cuma mereka bermain bola hanya waktu rehat untuk berseronok bersama rakan-rakannya.



"Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka.

"Saya lakukan ini kerana mahu Rayyan dan Arjuna berkawan. Tambahan pula untuk bermain secara serius dan mewakili sekolah, agak payah kerana ada ramai lagi murid yang lebih bagus," ujarnya.

Kata Rita lagi, dari anaknya tidak pandai menyepak bola, selepas mengikuti kelab ditubuhkan dan mengambil jurulatih peribadi, anaknya sudah boleh bermain.

"Tapi hendak kata anak-anak saya pandai sangat bermain bola sepak itu tidak benar cuma bila dia dan kawan-kawannya sudah dilatih, mereka tidak kekok beraksi di padang.

"Apabila atas segala usaha yang saya lakukan ini, tiba-tiba orang mengaitkan dengan Aidil Zafuan sudah tentu saya berasa sedikit ralat kerana yang bersusah payahnya saya," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: