22 October 2018

DAKWAAN SENGKETA BAKAL BERAKHIR - AISHAH & VIDA ENGGAN KOMEN


Berhubung dakwaan kemelut yang melanda dirinya dengan pengusaha kosmetik, Datuk Seri Vida bakal selesai, penyanyi Aishah menyatakan dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.





Difahamkan, dua tuntutan penyanyi 'Janji Manismu' itu yang dibuat pada 5 Oktober lalu telah diterima oleh Vida.

"Minta maaf, buat masa ini masih ada beberapa perbincangan akhir sedang dilakukan. Saya sendiri pun masih menunggu berita daripada peguam. Tunggu nanti kami akan buat kenyataan rasmi dalam masa terdekat," katanya ringkas.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Vida ketika dihubungi juga enggan memberi komen terhadap perkara itu tetapi berharap agar kesudahan kemelut itu berakhir dengan baik.

"Saya serahkan semuanya kepada peguam. Sebab isu ini telah menjadi virus kepada bisnes saya. Jadi saya tidak mahu cakap banyak sebab orang takkan faham.

"Tunggu sahajalah keputusan yang terbaik nanti. Sebab tamparan paling hebat untuk saya lalui akibat isu ini adalah ia mengambil masa lama untuk pulihkan segala-galanya," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: