22 October 2018

"ADAB MEREKA MESEJ DAH TUNJUK SEGALANYA" - NATASHA HUDSON


"Lelaki yang menghantar DM (mesej peribadi) kepada wanita di media sosial dengan harapan ia akan dibalas adalah menjijikkan dan kurang ajar.





"Daripada cara dan adab mereka bermesej sudah menunjukkan segala-galanya. Lelaki seperti ini tidak memenuhi ciri-ciri yang saya cari dan saya tahu apa yang saya mahukan," kata pelakon Natasha Hudson menerusi Instagram Story yang dimuatnaik, baru-baru ini.

Natasha menyifatkan, perbuatan segelintir lelaki yang cuba 'memancing' hatinya dengan menghantar mesej peribadi (DM) menerusi laman sosial sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai wanita.

Natasha, 36, juga meminta lelaki terbabit supaya menghentikan hasrat mereka mencuba nasib untuk mendekatinya kerana hatinya tidak mudah cair dengan cara begitu.

Klik untuk gambar besar


Pelakon filem 'Chermin' itu, baru-baru ini membuat pengakuan sudah berpisah dengan bekas penyanyi hip-hop, Carleed Khaza atau nama lengkapnya, Khalid Kamal tanpa menyatakan tarikh sebenar perceraian mereka.

Selepas membuat pengakuan mengenai perpisahannya, Natasha menerima pelbagai mesej daripada lelaki yang tidak dikenali di laman sosialnya untuk mengisi kekosongan hatinya.

Dia bagaimanapun, menegaskan media sosial bukan tempat untuk mencari jodoh dan berharap netizen menggunakan platform itu untuk tujuan yang lebih baik.



"Media sosial bukan tempat memancing atau mengeksploitasi personaliti murahan awak. Gunakan ia sebaik-baiknya dan jangan merendahkan darjat diri dengan perkara yang tidak elok," tegasnya.

Natasha berkata, dia memilih untuk tidak membalas sebarang mesej peribadi di laman sosial kerana kebanyakan orang luar menganggap berkawan dengan seseorang terutamanya di alam maya sangat mudah.

"Saya tidak membalas kebanyakan mesej, melainkan ia penting dan membawa faedah terhadap semua pihak.

"Saya juga bukannya kaunselor untuk memberi pendapat kerana saya juga mempunyai masalah sendiri. Saya yakin anda boleh selesaikan mengikut logik dan keperluan," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: