23 October 2018

KINI SEMAKIN BAIK - ARDELL ARYANA BELUM SEDIA KONGSI


Enggan menambah beban apabila diminta memberi komen mengenai keadaan dan penyakit dihidapi, pelakon Ardell Aryana berkata, buat masa ini dia tidak mahu memberikan sebarang komen atau fikir mengenai tahap kesihatannya kerana dinasihatkan untuk tidak banyak berfikir.





"Saya kini mengalami fasa anxiety (gangguan kebimbangan) dan depresi yang agak teruk. Jadi sekarang ini saya cuba menepis semuanya dengan perlahan-lahan.

"Saya belum sedia nak kongsi mengenai penyakit dihidapi sebab tak nak orang luar menyebut mengenai penyakit saya nanti. Ia akan buat saya bertambah sedih.

"Bagi saya, bila isu ini keluar rata-rata netizen akan anggap orang yang sakit kena terlantar. Tak boleh nak buat aktiviti macam orang sihat," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Ardell, dia kini dalam tempoh untuk melawan penyakit dihidapi, namun bersyukur keadaannya bertambah baik berbanding sebelum ini.

"Alhamdulillah saya lebih baik dari sebelum ini. Cuma ada masanya sakit. Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi banyak benda mengenai personal (hal peribadi).

"Saya takut dalam pada yang mendoakan, ada yang lemparkan kata-kata tidak menjaga sensitiviti saya dan keluarga. Jadi selepas berbincang dengan keluarga, sebaiknya saya tidak keluarkan sebarang kenyataan," tuturnya yang sebelum ini dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: