23 October 2018

NAFI NIKAH SEBAB STATUS - ELFIRA LOY SEDIKIT TERKILAN


"Saya seorang yang bekerjaya dan berdikari, jadi status atau pangkat bukanlah kegilaan saya untuk dicari pada seorang lelaki.





"Saya terbuka pintu hati menerima Faris kerana dia menghormati keluarga saya, memahami mereka dan paling penting, ibu saya yakin bahawa dia mempunyai masa depan yang kukuh untuk menjaga saya selepas berkahwin," tegas pelakon Elfira Loy yang sebelum selamat bertunang dengan Faris baru-baru ini.

Perkenalan ringkas yang berlaku antara pasangan ini pada bulan Ramadan lepas tidak pernah disangka bakal menjadi titik permulaan sebuah kisah cinta buat mereka.

Kata pelakon yang popular dengan drama 'Qalesya' ini, dia tidak pernah terfikir bahawa kemungkinan jodoh kali kedua datang menyapa dalam tempoh masa yang singkat selepas kekecewaan yang lalu.

Menganggap ia adalah berkat kerana dia sering berdoa agar ditemukan dengan insan yang benar-benar ditakdirkan untuk dirinya sepanjang masa selepas putus tunang kali pertama, Elfira menyangkal sebab utama dia menerima lamaran Faris kerana pangkat atau status.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, akur apabila beberapa keping foto majlis pertunangan dengan jejaka berusia 27 tahun yang merupakan seorang anak usahawan berpangkat Datuk, tersebar di media sosial.

Meskipun memiliki pengalaman pahit dengan pertunangan pertama, Elfira tetap bertunang kali kedua kerana menghormati permintaan keluarganya yang mementingkan adat resam.

"Saya sedikit terkilan kerana niat saya tidak menghebahkan majlis ini adalah bagi menghormati permintaan keluarga saya dan juga tunang yang mahukan privasi.

"Namun, Alhamdulillah kerana mereka faham dengan situasi yang berlaku dan menganggap individu yang memuatnaik gambar itu terlalu gembira untuk kami berdua.

Meneruskan perkongsian, si darah manis ini juga berkongsi jawapan berkenaan mengapa masih memilih untuk bertunang sekali lagi, biarpun sudah melalui pengalaman pahit menerusi pertunangannya sebelum ini.



"Keluarga saya mementingkan adat Melayu kita dan Islam juga mengharuskan fasa bertunang agar kami dapat lebih saling mengenali antara satu sama lain.

"Memang saya takut kerana sudah ada memori menyedihkan tetapi doakanlah agar jodoh kami panjang serta dapat mengharungi apa jua dugaan bertunang kali ini dengan baik," luahnya penuh harapan.

Jika majlis pertunangan pertamanya dibuat penuh meriah dan besar-besaran pada Oktober tahun lalu, kali ini gadis berusia 24 tahun itu memilih untuk bersederhana. Dia tidak menghebahkan berita gembira itu yang berlangsung 17 September lalu kecuali kepada sanak saudara.

'Patah tumbuh, hilang berganti'... mungkin itu pepatah yang sesuai diberikan kepada situasi kehidupan Elfira apabila kembali bergelar tunangan orang selepas enam bulan kisah putus tunang pertama berlalu.

Namun adat bergelar seorang selebriti, serapi mana pun cuba disorok pasti ada juga yang terlepas daripada kawalan. Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga perancangan Elfira dan bakal suami itu dipermudahkan.








www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: