23 October 2018

HAMIL SEKALI LAGI: "BUKAN TAK TERINGIN, TAPI...." - CHE TA


Menerusi sebuah entri di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan telah mengakui dirinya mempunyai keinginan untuk hamil sekali lagi selepas melahirkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.





Namun jelasnya yang lebih mesra disapa Che Ta itu, keinginannya ini tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia risau untuk hamil anak seterusnya.

"Bukan tak teringin nak beranak lagi, tapi dah tua-tua ni tak larat la nak dok berligan anak kecik, lari alignments," tulisnya yang lebih mesra Che Ta.

Rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan kebanyakkan mereka memberikan kata-kata semangat untuk dia supaya tidak memandang usia sebagai halangan.

Klik untuk gambar besar


"@azian_naizashop: Tak pa Che Ta. Asal badan sihat. Ada je kes kat tempat kita umur 50 tahun beranak. Bukan luaq negara je. Lanikan macam-macam supplement moden dan tradisional ada masa hamil dan berpantang. Dalam pantang pun ada orang masak, jagakan ibu dan baby. So get ready for Zain junior."

"@hazela85: Orang cakap kalau gen cantik-cantik ni rugi tak beranak ramai-ramai Che Ta." - "@naufalaimar16: Kuatkan semangat Che Ta. Kalau Allah nak bagi, kekuatan akan datang bila lihat anak dipangku nanti."

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Che Ta kini muncul dalam drama bersiri 'Lelaki Kiriman Tuhan' yang disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: