28 October 2018

DITUDUH BERGANTUNG DENGAN ISTERI - NUBHAN RASA TERKILAN


Baru-baru ini, segelintir netizen telah menuduh penyanyi Nubhan Ahamad kini cuma bergantung kepada isterinya, Afifah Hidayah yang juga seorang doktor untuk menanggung hidupnya.





Akui terkilan, Nubhan, 32, menyifatkan tuduhan berkenaan cukup melampau dan tercabar apabila mempertikaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

"Saya tidak kisah kalau dikutuk benda lain. Namun, kalau tuduh saya kini ditanggung isteri disebabkan sudah 'sendu', itu benar-benar mencabar buat seorang lelaki.

"Lebih baik saya tidak kahwin kalau tidak mampu menampung keluarga saya. Bagaimanapun, Alhamdulillah saya masih mampu menanggung keluarga dengan perniagaan kosmetik yang masih kukuh selama empat tahun.

Klik untuk gambar besar


"Saya rasa tidak perlu tunjuk semuanya mengenai hidup saya di media sosial termasuklah punca rezeki. Memanglah sekarang kerjaya seni saya sudah perlahan. namun syukur rezeki lain datang dalam pelbagai bentuk," katanya.

Nubhan juga mengakui dia lebih selesa bersederhana dan mengikut nasihat arwah bapanya agar tidak terlalu menunjuk di media sosial.

"Saya dilahirkan dalam keluarga yang benar-benar mementingkan kesederhanaan. Arwah bapa saya sebelum ini juga sering menitikberatkan hal itu dan sampai sekarang saya ikut nasihatnya.



"Biarlah orang terdekat saja yang tahu mengenai keadaan kami yang sebenarnya. Tapi itulah, saya cukup terkilan jika ada yang sesuka hati mempertikaikan tanggungjawab dalam dalam keluarga," tuturnya.

Dalam pada itu, penyanyi 'Ada Untukmu' berkenaan akhirnya tampil dengan single terbaru berjudul 'Selamat Jalan Cinta' demi mengubat kerinduan dalam bidang seni.

"Terus-terang, saya sangat rindu untuk kembali dalam bidang seni. Bahkan ibu, isteri serta seisi keluarga menggalakkan saya untuk kembali aktif dan buat lagu.

"Saya harap single terbaru ini akan menaikkan nama saya semula. Di samping itu, saya mahu lagu ini mengubat kerinduan peminat terhadap saya juga," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: